15.7.10

:((

Hati debar debar, mata kaca kaca. Ok. Serius, memang sangat sebak dan nak menangis.

Kenapa-lah susah nak keluar dari kepompong ini. Kenapa? Apa yang dah racun aku. Tolong-lah Ya Allah. Bantu aku.

Ini padah bila stalk orang. Sangaat padah. Sila jangan ikut, ok. Sendiri sakit. Gila punya sakit.!

Buka 'mukabuku' dia. Dan nampak dia komen pada si dia. Komen berbunyik 'welkam home~~'
Ok, perasan satu benda.? Memang nampak simple, tapi lihat. Dia tahu segala perkembangan si dia. Dan dia selalu ikuti hidup si dia. Mereka berhubungan. Ya. Itu tanda dia ada si dia.

Sebab tu dia dah tak ingat aku. Dia ada pengganti. Ok, air dari mata dah jatuh derai derai. Sendiri yang lepas kan, kenapa perlu kaca kaca mata? Pelik kan. Tapi hakikat.

Wajarlah doa aku sekarang adalah untuk di hilangkan segala perasaan pada insan bernama lelaki. Mana mana lelaki. Sebab mereka perosak hidup aku.

Tolong. Aku benci begini. Sangat. Kenapa terasa sakit sangat di dada kiri ni. Sangat sangat. Pucat bibir, sejuk tangan, ketar kaki. Aku mahu pengsan. Kuat-lah tolong.



a k u m a t i a k u m a t i a k u m a t i a k u m a t i a k u m a t i a k u m a t i a k u m a t i a k u m a t i

14.7.10

cinta itu bagaimana

Kadang-kadang timbul cemburu di hati. Bila tengok semua orang bahagia. Indah bercinta. Kekal sekian lama.

Tapi, aku hanya begini. Sendiri. Tak pernah merasa cinta yang indah. Seperti mereka. Mengekalkan kasih sayang tiada bandingnya.

Indah bukan perasaan di cintai.? Aku sudah lali dengan perasaan mencintai. Sepenuh hatinya. Tapi, aku tanduskan rasa di cintai. Bagaimanakah rasanya ya? Setakat mana manisnya?

Ahh. Melihat mereka berbicara, menjaga satu sama lain, sungguh hati ini tergetar. Dada terasa sebak. Mata berkaca.

Aku punya perasaan. Aku punya nafsu. Aku mahu begitu. Menyulam bahagia. Mengukir senyuman penuh kasih sayang.

Dahulu, Allah yang maha Mendengar perkenankan doaku untuk merasa cinta itu bagaimana. Tapi, sekarang aku sedar, yang dahulu itu bukan-lah cinta sebenar. Bukan yang di damba.

Aku pernah terikat dengan kata cinta. Tapi, bukan cinta yang manis lagi indah yang aku dapat. Cinta berlinangan air mata, memakan jiwa yang aku genggam selama bertahun. Lalu aku lepaskan ia pergi. Dan menjadikan aku sendiri. Kini.

Aku tak menyesal. Kerana aku tahu, itu sebenarnya tindakan yang aku patut ambil bertahun dahulu. Tapi, dek kerana ingin merasa cinta, aku relakan tangan terbakar melecur genggam bara api cinta itu. Akhir, derita yang dapat.

Aku pujukkan hati, melupakan cinta duniawi. Kejar-kan cinta Illahi. Agar satu hari, Allah kurniakan aku cinta sebenar yang bersama mengejar cinta-Nya. Agar, kesudahan cinta itu manis ke syurga. Agar aku tahu bagaimana cinta itu sebenar. Agar aku tak menyesal menggenggam cinta itu ke akhirnya. Agar segala derita aku terbalas. Itu janji-Nya pada umat yang memohon pada-Nya. Maka, kembali-lah.

Aku tahu, jauh di sana, dia bahagia. Di sana, dia gembira. Bersama dunia pilihannya, kawan kawan yang menceriakan hidupnya. Dan mungkin juga pengganti aku yang lebih baik dalam memberi dia cinta seindahnya. Aku tahu. Yakin. Walau kini aku tak mampu lagi tahu berita dia, tak dapat lagi mendengar lunak suara dia. Tapi, Kerana doa doa terbaik untuknya tak pernah luput dari bibir saat berteleku di sejadah, Air mata pengiring doa untuk dia agar doa lebih ikhlas tak pernah lupa menghadirkan diri, yakin aku semakin kuat dan pasti.

Bila mana aku tak mampu lagi menjadi apa-apa di dalam hidupnya, Ku kirimkan doa sebagai pengiring hidupnya. Ku hantarkan Allah, membimbingnya. Ku titipkan ingatan dan pahala kecilku untuknya. Agar hidupnya di berkati.

Itu janji aku untuknya. Hanya yang terbaik untuknya. Walau aku terpaksa mengalirkan air mata saban hari saat terkenangkannya. Janji dia bahagia. Kerana dia kebahagiaan aku dahulu. Mungkin hingga kini, tapi sampai bila aku tak pasti.

Semoga Allah memberi aku peluang merasakan cinta sebenar itu. Sebelum terlambat.

13.7.10

Doa

Mak cakap, hidup ini bergantung dengan Allah, maka apa-apa pun berdoa-lah. Jodoh pun perlu berdoa. Salah satu usaha.

Maka, ini doa yang aku amalkan sekarang. Membuang resah dan mencari tenang jiwa ini.


Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,
janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya…
janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya.
Kikislah pesonanya dari setiap pelusuk mataku,
dan usirlah dia dari relung hatiku
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini,
dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.
Bantulah aku agar dapat mengasihinya hanya sebagai seorang sahabat.
Tetapi jika Engkau ciptakan dia untukku, ya Allah,
satukan hati kami…
Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seadanya
Berikan aku kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya.
Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan menerima aku dengan segala kelebihan dan kekurangan sebagaimana aku yang telah Engkau ciptakan.
Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh mencintai dan rela berkongsi suka dan dukaku dengannya.
Ya Allah Maha Pengasih,
dengarkanlah doaku ini…
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu.
Allah Yang Maha Kekal,
aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku,
luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya.
Semuanya ini mengajar aku untuk hidup lebih dekat dengan-Mu,
untuk lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbing aku menuju jalan terang-Mu.
bimbinglah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.
Jadikanlah kehendak-Mu dan bukan kehendakku yang terjadi dalam setiap hidupku, Ya Allah.

Aminn..

7.7.10

Ahhh.

Perasaan itu datang lagi. Sekian lama dah aku ajar diri untuk buang jauh segala rasa itu. Tapi, hari ini, tiba tiba dia menjelma tanpa di pinta. Ahh. Tak indah pun rasa itu.

Rindu pada kesenangan hati bila dia di sisi. Rindu pada senyum tawa bersama yang membuat hati berbunga bunga. Rindu makan semeja, berkongsi cerita yang membuat kegembiraan yang berterusan. Rindu pada kehangatan bersama yang indah.

Rindu pada semua saat bersama dengannya.

Sungguh, terasa rindu tu sangat kuat saat ini. Ah. Tak best-lah.

Dia bukan siapa-siapa. Tiada rupa. Tiada harta apatah lagi pangkat dan nama. Dia hanya dia. Tapi, kerana dia hanya dia, dia seakan terlalu istimewa dalam kamus hidup aku. Ok, itu perasaan jatuh cinta. Tipu.

Banyak buruk dia kalau di hitung berbanding baiknya. Tapi, di sebalik banyak buruk itu, dapat tak aku terpaksa akui baik dia pernah buat hati ini senang. Ok, terpaksa di akui, hanya dia
( setakat ini je la ) yang dari pertama kali jumpa, aku senang sangat. Aku tak boleh tipu diri sendiri, memang bersama dengan dia bahagia dan tenang hati ini lain dari yang lain. Indah sama seperti pulang ke kampung halaman setelah homesick yang sangat teruk.

Bergaduh lah macam mana pun, bahagia tetap terasa. Bila nak berpisah, sedih mula menerkam jiwa. Sangat sama saat balik kampung. Walau dah umur 23tahun, tetap berkaca mata sebak dada bila perlu berpisah lagi dengan mak abah tersayang. Oh. Rapuh sangat hati ini.

Tolong, aku tak suka bila rasa ini hadir. Fasa membangunkan diri dan meneguhkan perasaan masih di tahap bawah. Masih perlu tenaga juga energi kuat untuk melonjak ke atas. Ahhh. Padam tolong segala kenangan. Biar tiada apa kenangan. Biar sesal dan rugi kerana hilang kenangan itu. Asal aku mampu bangun.

Kurniakan aku seseorang yang mampu membimbing aku mencari Cinta-Mu ya Allah. Biar rindu pada-Mu lebih dari rinduku padanya.

3.7.10

Sakit itu menginsafkan

Penat sakit ni. Sakit dada bila batuk yang sangat kuat. Hidung dah merah sebab banyak sangat meleleh air hingus. Dada terasa lelah. Kepala berat, pusing. Mata pedih. Tidur tak lena, makan tak lalu, mandi pun takut. Sejuk sangat.

Akhir akhir ni senang betul saya sakit. Memang kerja kuat. Orang lain pun. Tapi, kenapa saya yang sakit cepat sangat. Terasa nak marah, mengeluh. Tapi, perlu ke? Bukan ke dah di kata, sakit itu penghapus dosa. Maka, perlu ke di keluh kan segalanya?

Manusia, tak pernah tahu bersyukur. Saya manusia biasa. Senang mengeluh. Tak pernah fikirkan kenapa ia terjadi. Masa sihat, lupa kan Yang Esa. Sakit baru segala doa nak di baca kan. Ah. Berdosa sangat bunyinya.

Betul lah kata ustazah. Sakit itu penghapus dosa. Ia akan menginsafkan kita bila kita berfikir dengan waras kenapa kita diberi sakit semasa tengah sihat. Dengan sakit ini, saya sedar, banyak rupanya dosa saya yang perlu dihapus. Maka, sakit senang betul menyinggah. Insafnya.

Setiap kali saya sakit, saya belajar bersyukur. Kerana Allah masih sayangkan saya untuk membantu saya menghapus dosa dosa kecil itu. Allah masih sudi ingatkan saya yang banyak lagi dosa saya tak terhapus. Lantas, amalan ibadah saya untuknya akan saya gandakan. Lebih dari biasa dan berusaha untuk kekalkan ia walau sudah sihat nanti.

Macam macam petua saya amalkan bila sakit. Semua cara tradisional. Kalau boleh tak mahu terlalu bergantung dengan ubat. Tak elok bahan kimia di dalam tu. Cara tradisi banyak juga membantu. Kuranglah sikit ubatan yang banyak bahan kimia tu. Baik dari segi ubatan dan juga doa doa itu sendiri. Terima kasih nenek moyang. Petua sangat berguna.

Bila tengok pesakit di wad, terasa kerdil diri. Kita tak tahu bila sakit itu akan datang. Sakit yang sikit, saya sudah lelah dan penat. Apatah lagi yang di hospital berbulan bulan. Berharap ada keajaiban berlaku. Kuatnya mereka menanggung dugaan dan ujian itu. Saya sendiri tak pasti, kuatkah saya jika saya di uji begitu. Air mata usah di kata, akan mengalir menangisi nasib yang kononnya sangat teruk. Walhal, terlalu ramai lagi yang lebih teruk. Oh, kerdilnya saya.

Semoga Allah merahmati semua pesakit saya di wad. Berikan mereka pahala yang besar atas ketabahan hati menanggung segala sakit itu. Dan berikan mereka peluang untuk sembuh dan menjalani kehidupan seharian semula, dan semoga mereka akan lebih mengingati-Mu lebih dari sebelum. Begitu juga saya.

Semoga Allah akan terus menyayangi kita. Maka, jangan mengeluh dengan dugaan dan ujian yang menimpa. Bersyukurlah kerana di ingati oleh-Nya.



2.7.10

Mengejar masa atau di kejar masa?

Rasa tak cukup 24jam yang di beri bila terlalu banyak tanggungjawab yang di beri. Sungguh, penat usah di kata. Rehat yang lama apatah lagi. Mimpi je la. Kadang kadang nak tarik nafas dengan penuh nikmat pun tak tersempat. Padatnya masa saya.

Kadang kadang, diri jahil ini terfikir, kenapa 24jam sehari, bukan 36jam atau 48jam.? Terasa masa yang berlalu itu terkejar kejar saya mahu melengkapinya. Namun, ada ketika ia seperti mengejar saya di belakang. Berlari hingga penat lelah terasa.

Sepatutnya, masa itu kita kejar atau di kejar? selalu persoalan itu bermain di fikiran saya. Kalau masa itu di kejar, semua terpulang pada diri sendiri setakat mana kita mahu cepat mendapatkannya tapi kalau masa itu berlari cepat, lelah la nak kejar. Usaha kena lebih. Tak boleh cepat mengeluh. Tapi, kalau kita di kejar masa, tenaga kena kuat untuk terus berlari darinya. Lambat akan di langgar. Seolah anjing mengejar kita. Sendiri yang lalui dan nilai di mana sebenar kita.

Hari-hari saya sekarang sangat padat. Sungguh, masa yang di beri tak cukup. Tapi, bila direnung, banyak lagi ahli ilmuan di luar yang bekerja keras. Lebih keras tapi tak sekali mengeluh. Untuk saya, keluhan penat dan tak cukup masa selalu menjadi mainan mulut. Astarfirullahalazim. Semoga, anda semua tak seperti saya.

Masa saya penuh dengan jadual kerja yang padat dan tak tentu masa. Di samping banyak lagi perkara yang perlu di selesaikan. Baru hidup sendiri, belum berkeluarga, saya dah terasa kesempitan masa yang ada. Sungguh, tuhan tahu yang terbaik untuk hamba-Nya. Maka, saya masih sendiri supaya saya matang menghadapi ujian ujian sebagai bekalan masa depan nanti. Alhamdulillah.

Harapnya, masa yang ada cukup untuk saya menjalankan tanggungjawab saya sebagai hamba-Nya. Bukan sekadar tanggungjawab sebagai khalifah-Nya di dunia, tapi juga sebagai hamba-Nya bekalan di akhirat nanti. Letak penat dan lelah di tepi, bangun dan terus melangkah ke depan. Penuhi masa walau sedikit dengan amalan yang membawa kepada cinta-Nya, insyaallah, terasa aman damai hati sanubari. Jangan di bazir walau seminit. Rugi terasa kemudian nanti. Biar susah sekarang, senang kemudian.

28.6.10

Pasangan Ideal.

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Allah merahmati seseorang lelaki yang bangun di waktu malam dan membangunkan isterinya, lalu apabila isterinya enggan, lelakinya itu memercik-mercikkan air di mukanya. Allah juga merahmati seorang wanita yang bangun di waktu malam, lalu bersolat dan membangunkan suaminya dan apabila suaminya itu enggan, lalu memercik-mercikkan air di mukanya."

Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad shahih.



Indah-nya kalau dapat begini kan. Sejuk hati. Tenang jiwa. Mudah perjalanan hidup. Semoga saya di kurniakan pasangan begini. Perlu persiapkan diri dahulu. Mari. ^_^