15.7.10

:((

Hati debar debar, mata kaca kaca. Ok. Serius, memang sangat sebak dan nak menangis.

Kenapa-lah susah nak keluar dari kepompong ini. Kenapa? Apa yang dah racun aku. Tolong-lah Ya Allah. Bantu aku.

Ini padah bila stalk orang. Sangaat padah. Sila jangan ikut, ok. Sendiri sakit. Gila punya sakit.!

Buka 'mukabuku' dia. Dan nampak dia komen pada si dia. Komen berbunyik 'welkam home~~'
Ok, perasan satu benda.? Memang nampak simple, tapi lihat. Dia tahu segala perkembangan si dia. Dan dia selalu ikuti hidup si dia. Mereka berhubungan. Ya. Itu tanda dia ada si dia.

Sebab tu dia dah tak ingat aku. Dia ada pengganti. Ok, air dari mata dah jatuh derai derai. Sendiri yang lepas kan, kenapa perlu kaca kaca mata? Pelik kan. Tapi hakikat.

Wajarlah doa aku sekarang adalah untuk di hilangkan segala perasaan pada insan bernama lelaki. Mana mana lelaki. Sebab mereka perosak hidup aku.

Tolong. Aku benci begini. Sangat. Kenapa terasa sakit sangat di dada kiri ni. Sangat sangat. Pucat bibir, sejuk tangan, ketar kaki. Aku mahu pengsan. Kuat-lah tolong.



a k u m a t i a k u m a t i a k u m a t i a k u m a t i a k u m a t i a k u m a t i a k u m a t i a k u m a t i

14.7.10

cinta itu bagaimana

Kadang-kadang timbul cemburu di hati. Bila tengok semua orang bahagia. Indah bercinta. Kekal sekian lama.

Tapi, aku hanya begini. Sendiri. Tak pernah merasa cinta yang indah. Seperti mereka. Mengekalkan kasih sayang tiada bandingnya.

Indah bukan perasaan di cintai.? Aku sudah lali dengan perasaan mencintai. Sepenuh hatinya. Tapi, aku tanduskan rasa di cintai. Bagaimanakah rasanya ya? Setakat mana manisnya?

Ahh. Melihat mereka berbicara, menjaga satu sama lain, sungguh hati ini tergetar. Dada terasa sebak. Mata berkaca.

Aku punya perasaan. Aku punya nafsu. Aku mahu begitu. Menyulam bahagia. Mengukir senyuman penuh kasih sayang.

Dahulu, Allah yang maha Mendengar perkenankan doaku untuk merasa cinta itu bagaimana. Tapi, sekarang aku sedar, yang dahulu itu bukan-lah cinta sebenar. Bukan yang di damba.

Aku pernah terikat dengan kata cinta. Tapi, bukan cinta yang manis lagi indah yang aku dapat. Cinta berlinangan air mata, memakan jiwa yang aku genggam selama bertahun. Lalu aku lepaskan ia pergi. Dan menjadikan aku sendiri. Kini.

Aku tak menyesal. Kerana aku tahu, itu sebenarnya tindakan yang aku patut ambil bertahun dahulu. Tapi, dek kerana ingin merasa cinta, aku relakan tangan terbakar melecur genggam bara api cinta itu. Akhir, derita yang dapat.

Aku pujukkan hati, melupakan cinta duniawi. Kejar-kan cinta Illahi. Agar satu hari, Allah kurniakan aku cinta sebenar yang bersama mengejar cinta-Nya. Agar, kesudahan cinta itu manis ke syurga. Agar aku tahu bagaimana cinta itu sebenar. Agar aku tak menyesal menggenggam cinta itu ke akhirnya. Agar segala derita aku terbalas. Itu janji-Nya pada umat yang memohon pada-Nya. Maka, kembali-lah.

Aku tahu, jauh di sana, dia bahagia. Di sana, dia gembira. Bersama dunia pilihannya, kawan kawan yang menceriakan hidupnya. Dan mungkin juga pengganti aku yang lebih baik dalam memberi dia cinta seindahnya. Aku tahu. Yakin. Walau kini aku tak mampu lagi tahu berita dia, tak dapat lagi mendengar lunak suara dia. Tapi, Kerana doa doa terbaik untuknya tak pernah luput dari bibir saat berteleku di sejadah, Air mata pengiring doa untuk dia agar doa lebih ikhlas tak pernah lupa menghadirkan diri, yakin aku semakin kuat dan pasti.

Bila mana aku tak mampu lagi menjadi apa-apa di dalam hidupnya, Ku kirimkan doa sebagai pengiring hidupnya. Ku hantarkan Allah, membimbingnya. Ku titipkan ingatan dan pahala kecilku untuknya. Agar hidupnya di berkati.

Itu janji aku untuknya. Hanya yang terbaik untuknya. Walau aku terpaksa mengalirkan air mata saban hari saat terkenangkannya. Janji dia bahagia. Kerana dia kebahagiaan aku dahulu. Mungkin hingga kini, tapi sampai bila aku tak pasti.

Semoga Allah memberi aku peluang merasakan cinta sebenar itu. Sebelum terlambat.

13.7.10

Doa

Mak cakap, hidup ini bergantung dengan Allah, maka apa-apa pun berdoa-lah. Jodoh pun perlu berdoa. Salah satu usaha.

Maka, ini doa yang aku amalkan sekarang. Membuang resah dan mencari tenang jiwa ini.


Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,
janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya…
janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya.
Kikislah pesonanya dari setiap pelusuk mataku,
dan usirlah dia dari relung hatiku
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini,
dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.
Bantulah aku agar dapat mengasihinya hanya sebagai seorang sahabat.
Tetapi jika Engkau ciptakan dia untukku, ya Allah,
satukan hati kami…
Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seadanya
Berikan aku kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya.
Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan menerima aku dengan segala kelebihan dan kekurangan sebagaimana aku yang telah Engkau ciptakan.
Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh mencintai dan rela berkongsi suka dan dukaku dengannya.
Ya Allah Maha Pengasih,
dengarkanlah doaku ini…
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu.
Allah Yang Maha Kekal,
aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku,
luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya.
Semuanya ini mengajar aku untuk hidup lebih dekat dengan-Mu,
untuk lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbing aku menuju jalan terang-Mu.
bimbinglah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.
Jadikanlah kehendak-Mu dan bukan kehendakku yang terjadi dalam setiap hidupku, Ya Allah.

Aminn..

7.7.10

Ahhh.

Perasaan itu datang lagi. Sekian lama dah aku ajar diri untuk buang jauh segala rasa itu. Tapi, hari ini, tiba tiba dia menjelma tanpa di pinta. Ahh. Tak indah pun rasa itu.

Rindu pada kesenangan hati bila dia di sisi. Rindu pada senyum tawa bersama yang membuat hati berbunga bunga. Rindu makan semeja, berkongsi cerita yang membuat kegembiraan yang berterusan. Rindu pada kehangatan bersama yang indah.

Rindu pada semua saat bersama dengannya.

Sungguh, terasa rindu tu sangat kuat saat ini. Ah. Tak best-lah.

Dia bukan siapa-siapa. Tiada rupa. Tiada harta apatah lagi pangkat dan nama. Dia hanya dia. Tapi, kerana dia hanya dia, dia seakan terlalu istimewa dalam kamus hidup aku. Ok, itu perasaan jatuh cinta. Tipu.

Banyak buruk dia kalau di hitung berbanding baiknya. Tapi, di sebalik banyak buruk itu, dapat tak aku terpaksa akui baik dia pernah buat hati ini senang. Ok, terpaksa di akui, hanya dia
( setakat ini je la ) yang dari pertama kali jumpa, aku senang sangat. Aku tak boleh tipu diri sendiri, memang bersama dengan dia bahagia dan tenang hati ini lain dari yang lain. Indah sama seperti pulang ke kampung halaman setelah homesick yang sangat teruk.

Bergaduh lah macam mana pun, bahagia tetap terasa. Bila nak berpisah, sedih mula menerkam jiwa. Sangat sama saat balik kampung. Walau dah umur 23tahun, tetap berkaca mata sebak dada bila perlu berpisah lagi dengan mak abah tersayang. Oh. Rapuh sangat hati ini.

Tolong, aku tak suka bila rasa ini hadir. Fasa membangunkan diri dan meneguhkan perasaan masih di tahap bawah. Masih perlu tenaga juga energi kuat untuk melonjak ke atas. Ahhh. Padam tolong segala kenangan. Biar tiada apa kenangan. Biar sesal dan rugi kerana hilang kenangan itu. Asal aku mampu bangun.

Kurniakan aku seseorang yang mampu membimbing aku mencari Cinta-Mu ya Allah. Biar rindu pada-Mu lebih dari rinduku padanya.

3.7.10

Sakit itu menginsafkan

Penat sakit ni. Sakit dada bila batuk yang sangat kuat. Hidung dah merah sebab banyak sangat meleleh air hingus. Dada terasa lelah. Kepala berat, pusing. Mata pedih. Tidur tak lena, makan tak lalu, mandi pun takut. Sejuk sangat.

Akhir akhir ni senang betul saya sakit. Memang kerja kuat. Orang lain pun. Tapi, kenapa saya yang sakit cepat sangat. Terasa nak marah, mengeluh. Tapi, perlu ke? Bukan ke dah di kata, sakit itu penghapus dosa. Maka, perlu ke di keluh kan segalanya?

Manusia, tak pernah tahu bersyukur. Saya manusia biasa. Senang mengeluh. Tak pernah fikirkan kenapa ia terjadi. Masa sihat, lupa kan Yang Esa. Sakit baru segala doa nak di baca kan. Ah. Berdosa sangat bunyinya.

Betul lah kata ustazah. Sakit itu penghapus dosa. Ia akan menginsafkan kita bila kita berfikir dengan waras kenapa kita diberi sakit semasa tengah sihat. Dengan sakit ini, saya sedar, banyak rupanya dosa saya yang perlu dihapus. Maka, sakit senang betul menyinggah. Insafnya.

Setiap kali saya sakit, saya belajar bersyukur. Kerana Allah masih sayangkan saya untuk membantu saya menghapus dosa dosa kecil itu. Allah masih sudi ingatkan saya yang banyak lagi dosa saya tak terhapus. Lantas, amalan ibadah saya untuknya akan saya gandakan. Lebih dari biasa dan berusaha untuk kekalkan ia walau sudah sihat nanti.

Macam macam petua saya amalkan bila sakit. Semua cara tradisional. Kalau boleh tak mahu terlalu bergantung dengan ubat. Tak elok bahan kimia di dalam tu. Cara tradisi banyak juga membantu. Kuranglah sikit ubatan yang banyak bahan kimia tu. Baik dari segi ubatan dan juga doa doa itu sendiri. Terima kasih nenek moyang. Petua sangat berguna.

Bila tengok pesakit di wad, terasa kerdil diri. Kita tak tahu bila sakit itu akan datang. Sakit yang sikit, saya sudah lelah dan penat. Apatah lagi yang di hospital berbulan bulan. Berharap ada keajaiban berlaku. Kuatnya mereka menanggung dugaan dan ujian itu. Saya sendiri tak pasti, kuatkah saya jika saya di uji begitu. Air mata usah di kata, akan mengalir menangisi nasib yang kononnya sangat teruk. Walhal, terlalu ramai lagi yang lebih teruk. Oh, kerdilnya saya.

Semoga Allah merahmati semua pesakit saya di wad. Berikan mereka pahala yang besar atas ketabahan hati menanggung segala sakit itu. Dan berikan mereka peluang untuk sembuh dan menjalani kehidupan seharian semula, dan semoga mereka akan lebih mengingati-Mu lebih dari sebelum. Begitu juga saya.

Semoga Allah akan terus menyayangi kita. Maka, jangan mengeluh dengan dugaan dan ujian yang menimpa. Bersyukurlah kerana di ingati oleh-Nya.



2.7.10

Mengejar masa atau di kejar masa?

Rasa tak cukup 24jam yang di beri bila terlalu banyak tanggungjawab yang di beri. Sungguh, penat usah di kata. Rehat yang lama apatah lagi. Mimpi je la. Kadang kadang nak tarik nafas dengan penuh nikmat pun tak tersempat. Padatnya masa saya.

Kadang kadang, diri jahil ini terfikir, kenapa 24jam sehari, bukan 36jam atau 48jam.? Terasa masa yang berlalu itu terkejar kejar saya mahu melengkapinya. Namun, ada ketika ia seperti mengejar saya di belakang. Berlari hingga penat lelah terasa.

Sepatutnya, masa itu kita kejar atau di kejar? selalu persoalan itu bermain di fikiran saya. Kalau masa itu di kejar, semua terpulang pada diri sendiri setakat mana kita mahu cepat mendapatkannya tapi kalau masa itu berlari cepat, lelah la nak kejar. Usaha kena lebih. Tak boleh cepat mengeluh. Tapi, kalau kita di kejar masa, tenaga kena kuat untuk terus berlari darinya. Lambat akan di langgar. Seolah anjing mengejar kita. Sendiri yang lalui dan nilai di mana sebenar kita.

Hari-hari saya sekarang sangat padat. Sungguh, masa yang di beri tak cukup. Tapi, bila direnung, banyak lagi ahli ilmuan di luar yang bekerja keras. Lebih keras tapi tak sekali mengeluh. Untuk saya, keluhan penat dan tak cukup masa selalu menjadi mainan mulut. Astarfirullahalazim. Semoga, anda semua tak seperti saya.

Masa saya penuh dengan jadual kerja yang padat dan tak tentu masa. Di samping banyak lagi perkara yang perlu di selesaikan. Baru hidup sendiri, belum berkeluarga, saya dah terasa kesempitan masa yang ada. Sungguh, tuhan tahu yang terbaik untuk hamba-Nya. Maka, saya masih sendiri supaya saya matang menghadapi ujian ujian sebagai bekalan masa depan nanti. Alhamdulillah.

Harapnya, masa yang ada cukup untuk saya menjalankan tanggungjawab saya sebagai hamba-Nya. Bukan sekadar tanggungjawab sebagai khalifah-Nya di dunia, tapi juga sebagai hamba-Nya bekalan di akhirat nanti. Letak penat dan lelah di tepi, bangun dan terus melangkah ke depan. Penuhi masa walau sedikit dengan amalan yang membawa kepada cinta-Nya, insyaallah, terasa aman damai hati sanubari. Jangan di bazir walau seminit. Rugi terasa kemudian nanti. Biar susah sekarang, senang kemudian.

28.6.10

Pasangan Ideal.

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Allah merahmati seseorang lelaki yang bangun di waktu malam dan membangunkan isterinya, lalu apabila isterinya enggan, lelakinya itu memercik-mercikkan air di mukanya. Allah juga merahmati seorang wanita yang bangun di waktu malam, lalu bersolat dan membangunkan suaminya dan apabila suaminya itu enggan, lalu memercik-mercikkan air di mukanya."

Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad shahih.



Indah-nya kalau dapat begini kan. Sejuk hati. Tenang jiwa. Mudah perjalanan hidup. Semoga saya di kurniakan pasangan begini. Perlu persiapkan diri dahulu. Mari. ^_^

Ketenangan itu hanya dengan redha-Nya.

Alhamdulillah. Ketenangan yang tak mungkin dapat di gambarkan. Tak senang dan tak susah pun nak dapat. Semua berbalik diri kita.

Dah lama saya menunggu sebuah ketenangan yang hakiki. Jauh saya berlari mencari. Basah berpeluh badan. Sesak nafas penat. Tak mudah. Tapi tak susah.

Betul kata ustazah zaman sekolah. Apa yang di buat, segalanya perlu pulang kepada-Nya yang Esa. Dari sekecil kecil perkara hingga ke sebesar besarnya. Bukan hanya ibu bapa yang perlu di pohon restu, tapi Dia yang Maha Kuasa yang utama.

Duduk berteleku di sejadah lusuh, bercerita perihal kehidupan dengan-Nya, mengadu segala rasa di hati, menangis memohon petunjuk, semua membawa kepada ketenangan yang tak di sangka. Yang tak dapat di rasai jika tidak melakukan. Tak dapat di mana mana. Alhamdulillah, Allah izinkan saya untuk merasa nikmat itu Semoga berkekalan.

Kawan, ketenangan itu perlu di cari. Ia tak datang sendiri. Bila diri dekat dengan-Nya, tenang itu lebih terasa. Tenang yang lain dari yang lain. Mohon-lah dari-Nya yang Esa. Tak susah. Jangan pernah lupa pada-Nya.

Bila ayat Al-Quran meniti di bibir dengan hati ikhlas membaca, terasa sejuk menusuk di kalbu. Sungguh. Perasaan yang tak akan kita dapat bila menyanyi, atau bercakap. Itu ketenangan yang sebenar.

Kawan saya ada berkata, '' Hati terasa legaaa sangat bila membaca al-quran di tangga depan Kaabah. Lega yang lain sangat. Tak dapat di mana mana. Alunan ayat al-quran itu sendiri."
Ok, saya cemburu amat dengan beliau. Sudah pun menjejak kaki ke rumah Allah.
Tengok, betapa. Ketenangan itu tak datang sendiri, tapi perlu di cari. Namun, tak susah. Usaha lebih, Insyaallah. Allah sentiasa bersama kita.




Usaha keras untuk mendapat Cinta-Nya.

27.6.10

Lagi lagi lagi dan lagi

Asyik asyik dia je. Isk. Gila apa. Mana semua orang? Kenapa mesti dia seorang sahaja. Ahh. Ini akal atau hati? Merepek.

Setiap jam kot pergi view page dia. Apa dapat.? Tiada. Kosong. Ahh. Persetan lah fikiran.

Dia tak pernah pun fikir kau. Kenapa perlu fikir dia.? Cukup cukup lah mengharap dari dia. Dia tak akan tulis blog dah.

Jom lah pergi kat lain. Tapi mana? Ah. Peduli.

25.6.10

Pilihan


' Pilihan yang baik seorang hamba adalah apa yang Allah pilihkan baginya, sebab Allah lebih mengerti tentang pilihan itu daripada dia sendiri terhadap dirinya, dan Allah lebih mengasihi hambaNya daripada ibu yang melahirkannya. Kerana itu, seseorang hamba harus menerima ketentuan Tuhannya dan menyerahkan semua kepadaNya, dan mencukupkan diri dengan kecukupan yang diberikan Tuhan kepadanya. '

Oleh itu, wajar ke kita mengeluh bilamana pilihan yang ada tak seperti yang kita harapkan. Lantas pilihan yang di buat tidak menghasilkan sesuatu menurut kehendak kita.

Selalu kita mengeluh kan. Saya pun. Mengaku. Setiap yang terbentang di depan mata, dapat di miliki tidak pernah pun berasa puas. Sentiasa ada keluhan dari mulut saya. Naifnya. Ayat di atas sudah cukup untuk menerangkan segala. Masih perlu ke saya mengeluh?

Allah tu kan adil. Dia selalu merancang yang terbaik untuk hambaNya. Walau permulaan kita tak nampak tapi ada hikmah di sebalik yang berlaku. Tapi, kenapa saya masih mengeluh.?

Saya ada pilihan. Samaada menghabiskan masa di depan internet melihat facebook semata atau mengisi dengan pembacaan ilmuan. Tapi, apakah yang menjadi pilihan saya.? Anda bagaimana?

Saya juga ada pilihan. Samaada menulis blog kisah cinta, kisah peribadi, kisah manusia, diri sendiri, kisah politik, perkara ilmiah atau yang berbentuk islamic? Semua pilihan di atas tangan kita. Kita yang mencorakkannya. Kemudian, kenapa masih mengeluh bila kata blog ini sia sia, tiada faedah dan tidak releven? Sedangkan pilihan semua di tagan kita untuk menjadikan bentuk apakah blog kita.

Kalau dahulu, bagi saya blog adalah diari. Tempat luahan cerita hati. Sekarang, saya sedar seperkara. Kenapa tidak saya ikut jejak langkah mereka yang hebat di luar sana. Menyampaikan sesuatu untuk di kongsi ramai. Contoh terdekat ada depan mata. Adik saya sendiri. Blog yang menyejuk hati. Penuh dengan perkongsian ilmiahnya. Menjadi ingatan pada Yang Esa tidak pernah lekang.

Ok, saya akui. Blog saya tiada pengikut. Tapi, cukuplah saya sebagai pengikutnya. Kenapa? Sebab saya akan mengulang baca apa yang saya tulis. Oleh itu, mungkin tulisan saya hari ini akan menjadi pedoman untuk saya sendiri masa depan nanti. Jadi, tak perlu lah menulis hanya kerana mereka. Tapi, tulis juga untuk diri sendiri.

Hari ini, saya telah membuat pilihan. Pilihan untuk terus mengikuti blog blog ilmiah yang ada. Tidak lagi masa saya habiskan dengan perkara tak berfaedah. Sekurangnya ilmu bertambah. Insyaallah. Mudah mudahan.

Asal ada niat, sudah dapat pahala, kan. Apalagi jika melaksanakan. Jadi, sila lakukannya, Wahida.

Sesungguhnya, Allah mengetahui setiap yang ada di dalam hati walau terlintas sedetik cuma.


24.6.10

Cucur Kembung

Sedap tak nama? Sedap kan. Haha. Ok, harini, juadah buka puasa adalah cucur kembung. Yummm. Sedap ni. Sapa tak pernah rasa? Nak rasa? Meh, saya masak, bagi semua orang rasa. Sedap ke tak belakang kira. Haha.

Disebabkan sesi berdiet dah bermula, juadah puasa tidak boleh mengandungi nasi. So, cucur kembung je. Ingat nak jadi vegi. Tapi lupa beli sayur. Lupa dulu-lah hajat tu.

Ok, post berikutnya, akan di upload gambar gambar masa pembikinan cucur kembung. Jengg jengg jengg. AHA. Sila terliur ramai ramai tengok cucur kembung saya. ^_^

Taaaaadaaaaaaaa....

c'on baby

Go wahida go. Sampai bila macam ni. Kenapa mimpi malam dan siang juga perlu terlintas dia dan mereka. Ah. Tak boleh tukar orang ke? Tukar jadi Rasullullah S.W.T ke. Isk. Sedap sikit hati ni.

Dah tahu dia memang tak mahu tulis blog, perlu ke paksa.? Ok, memang tak paksa, cuma berharap. Tapi, perlu ke berharap? Sedang terang terang dah di kata yang tak releven dan sia sia. Ok, Highlight kat situ, sia-sia.! Apa kau rasa? Nah, memang dia dah tak suka. Peduli.

Tapi, manusia. Hati susah nak kawal. Lagi akal pun kadang kadang tak terkawal. Terbabas juga kadang kadang. Tengok tengok handphone, mana tahu ada nombor dia naik. Ok. Mustahil. Tengok tengok email, mana tahu ada email dia kat inbox. Lagi mustahil. Online YM, takut takut dia nak tegur. Ok, ini, amat mustahil. Berjanggut pun belum tentu berlaku. Puas hati?

Itu manusia. Habis madu sepah di buang kan. Ok, aku tak buang, tapi bawa diri. Merajuk. Ceh. Perlu ke? Siapa kau di mata dia mau merajuk bagai? Haha. Peduli. Hati aku. Ada aku kesah.?

Dah dah. Dulu kau pernah hilang dia. Lama. Kau ok kan. Sekarang kau tak perlu siapa siapa, Wahida. Kau perlu Allah Yg Esa. Lupa.? Apa nekad kau masuk bulan rejab? Iskk. Khilaf dah hati bila ingat manusia lebih dari Yang Esa. Ampunn.! Mari bersihkan diri dan hati kembali.

Untuk dia ; aku tengok tengok kau dari sini saja. Hidup baik-baik-lah. Doa aku tetap seiring dengan langkah kau. Tapi, kau tak kan pernah tahu. Kan.?

23.6.10

Umrah

Tengok nesya dah pergi umrah, balik dengan bahagia. Sangat seronok. Ok, nak ke sana juga-lah. Tapi, mana ada duit. Sobsob. Jadi, mari kumpul duit pergi sana ye.

Selalu tanya orang orang yang balik dari mekah, best ke pergi sana. Dan tak pernah pun jawapan tak best. Dan mesti semua pun macam nak pergi lagi. Ish,. Macam sangat sejuk hati dengar cerita mereka.

Mak selalu cakap, kena ada impian nak jejak kaki ke rumah Allah, bila akan tiba, tuhan yang akan tentukan. Doa doa dan doa je. Ok, sebelum neh memang tak pernah nak doa nak jejak ke sana. Sekadar sebut je. Sekarang macam nak doa banyak banyak banyak sampai dapat pergi sana.

Kalau sebelum ni, duit kumpul banyak banyak sebab nak pegi seronok pusing dunia je, tapi tak pernah fikir nak jejak mekah. Sekarang rasa menyesal. Mari tukar niat. Saya nak ke Makkah, rumah Allah. Saya nak rasa kedamaian di sana. Saya nak rasa keindahan menjalani ibadat di tanah haram Makkah. Kalau nak bekerja di Arab tak tercapai, moga niat buat ibadah di sana, tercapai. Tolong Ya Allah. Saya mohon ye.

Ini hikmah atas segala sakit dan perit yang di lalui. Sekarang, saya gembira dan sangat tenang. Hati makin dekat dengan Yang Esa. Alhamdulillah. Moga bulan Rejab syaaban dan Ramadhan ini menjadikan saya makin rindu kepada-Nya. Moga amalan saya bertambah. Amiinn.

Tolong, Wahida. Jangan angan angan je. Bukti-kan. Kuat-lah. Laku-kan segala niat. Tuhan, bantu saya ye. Insyaallah.

Mari perbanyakkan ibadat. Semoga bahagia dengan cinta Yang Esa.

gile jiwang

ok. semua post kat blog nih, semua jiwang jiwang kan. semua pun cerita pasal hati perasaan. bosan tak bosan tak? haha. nak buat macam mana kan, orang kesunyian selalu macam tu. cuba tengah happy, tak dapek la kot. kekeke.

ok, so now, malas dah nak cerita perihal hati perasaan. plus memang dah tak da hati dan perasaan kan. so, what for bercerita itu ini. lagipu, semua orang nanti lari tak mahu baca dan kawan sebab jiwang leleyh sangat kan.

macam tak da apa je dalam otak selain kisah perasaan. bosan kan. lupa kan je la. jom fikir hal lain jom. uppss. boleh ke? heee :D

18.6.10

Ending the story.

when we start knowing someone in our life, make a relationship, its means the story was begun. So do i. I know so many people's and i have a story with them. Different story for different people.

Now, i would like to talk about this people. That i would like to call my previous people. Then the story should be a previous story.

We get know each other for 4 years already. It was ages. Since the first time i meet him, both of us know that we just a friend. He has his own life nor do i. And the friendship is remains for a few years even we do lost contact for a while. For the named of friendship, Allah never break us away. Alhamdulillah.

I do admire him as what he is. Who is he and how he create his life. If i could, i want to be just like him in a few aspect. But, i just can try too. The most thing i love is how he love reading motivation book. And i can say that he really motivated person. Plus nice boy. He know his religious well. And that make me proud to have a friend like him.

Its not a big deal if i said that he is such romantic man. I had been treated by him than i can say that. Even it was long time ago, it still fresh in my mind. Like it just happen yesterday. I can imagine and remembered every single thing happen on that day. I never had been treated the way he treated me. So, you must be greatfull to have him as your partner,kay.

Ok, enough about good thing. HAHA. Now, let me tell you the thing is.

As a friend, i do love him as a friend. I call him as a close friend. Then, i do love to be with him and get knowing his life. It is what the friend should be, i think. Sorry me if i am wrong. But, people changed rite. So. Same as he. Before, he was really nice when he can shared and talk to me nicely. Never make me disappointed but i do disappointing him sometime,. Sorry, kay. My bad.

But now, he is not what he is before. He just with his life. I realize that so many time ago, but i just keep on telling myself that it must be ok, and he must got something than he be like that. but, the time keep on running, left me behind. But he still like that. And i start realized, he is a different person for now. It started when he had a new friend. The better one. Much better than me and i know the one he adore must. Then, he left me aside. And start ignoring me.

As a friend, it hurt me a lot. Yes, it is. I try not too but i can't. I start feel like i lose my friend slowly. And now, it is a reality. He was gone. Gone from my life. Only Because i'm not good enough to be his friend. Everyday, he still in my mind. Hopping that one day, he will come back to me, ask for the friendship he left before. Even what happen to us, as a friend, i will do apologize him. But, for me to begging him for the sake of our friendship, i will not too. It is not because my ego or whatsoever, but it is because my pride towards him. I do trying to keep our friendship forever, but when he really dont want it, what more i can do.? I just can let it go.

Everyday, i pray for his happiness. Even, we stop keep in touch, but my concern towards him still there. I do love him. If one day i know how happy he is, i would be happy too even i just can see him from here, far away and he never know it. Its ok.

And now, the story was stop here. It stop when we stop contact each other. I end it up when i know it was nothing at all to be keep it on. He wont too. What for i do protect the friendship? It doesnt meant anything to him anymore.

So, he ending the story well, i make it true. I end up everything nicely. Thanx buddy. I love you. Take care, my previous story. I pray for you always.

Sincerely,
Your dearest friend.

13.6.10

Congratulation

Semalam hari yang sangat-sangat la sibuk. Padat betul jadual. Penat tapi sangat bahagia. Terlalu.

Selamat sudah sis aini dengan majlis merisik a.k.a bertunang yang sangat simple dan sempoi tapi sangat nice. Tahniah di ucapkan. Bahagia sangat muka nya. Sangat suka. Akhirnya, penantian dia berakhir. Kisah sis tak seindah yang di sangka. Tapi, alhamdulillah, tuhan mudahkan segalanya untuk insan sebaik dia. Ok. Sis sangat baik ye. Tak rugi siapa yang dapat. Semoga mereka kekal dan bahagia. Sungguh. Terlihatkan wajah dan senyuman di wajah sis, seperti dapat dirasakan sama kebahagiaannya. Dan saya tahu, sis sangat bahagia. Saya sama terasa bahagia itu. Alhamdulillah

Majlis sis adalah selepas zohor. Dari pagi kami bertungkus lumus buat persiapan. Bila tiba masa, dan semua berjalan dengan sangat lancar, sungguh menyeronokkan. Tiba tiba teringin nak lalui sama apa yang baru di lalui sis. HAHA. Angan kan?

Ok. Sebelah malam, saya dan alia ; my cousin ke shah alam. Kami ke Grand Blue Wave Hotel. Ada majlis perkahwinan teman sepermainan masa kecil kecil dulu a.k.a perkahwinan anak kepada kawan baik ibuku. Mereka sangat baik dahulu. Betul. Saya ingat lagi. Pengantin ini ku panggil abg aizudeen. Dia comel dulu. HAHA. Betul. Sebab dia lahir di schotland kot. kikiki.

Majlis perkahwinan dia sangatlah comel. Warna purple lembut. Sangat sangat menarik. Ada saujana datang. Best.! Sedap kot suara saujana. Makanan dia memang best. Hotel 5 star kot. hehe. Goodie things dia comel. Coklat beryl's ! wow. Nak bagi macam tue juga boleh.? haha. Ok, mak bising dah. Diam diam. hihi. Terpancar jelas di wajah mak dan abah betapa seronoknya mereka berjumpa kawan kawan baik mereka. Saya buat apa ? Senyum dan gelak. HAHA. Memang sangat suka gelak. kikiki. Alhamdulillah, hajat ibubapa saya termakbul.

Perjumpaan dengan Cik Mie dan Cik Mat sangat menarik. Tak langsung macam yang difikirkan. Mereka sangat ramah dan baik. Awesome. Tak kekok, oke. Dan jelas. Saya tetap saya. Tak berubah. Cik MAt cakap ; masa kecil asyik nangis je, dan besar asyik gelak je. HAHA. Akhirnya. Saya memang begitu-lah. Tak pandai kot nak sopan sopan. Then, saya masih sendiri. Opsss, out topic. Off. Tuutttt.! Hee :P

Weekend saya terisi dengan sangat indah. Saya bahagia. Kerinduan pada ma dan abah terubat. Saya tak ingat dia pun. Tak rasa nak mesej atau call pun. Betul. Hebat-kan. Tiba-tiba saya rasa, hati saya da tiada untuk insan bernama lelaki. Yes.! :D

10.6.10

:D

Look. my smile such a big and sweet smile :)) then it show my happiness. Yes, i really happy riite now. Haa haaa. its not about a relationship or whatsoever that have connection with a man. dont even want them or talk about them anymore. The book was close, be a history and put at the back back of library.

And this is a story about my own life. Very own. No other is this chapter, kay. Hehe.

I live in rent house. Not big one, but quite ok for me. And my house is fully furnish. The furniture is all mine. I bought used my own salary since the day i start worked. Ahh. I really happy with that and i satisfied damn much. Maybe i have nothing outside there, but inside here, i have everything. God knows what i have. You may leave me alone, look down towards me, dont want to be friend with the messy little girl that have nothing, but you actually dont know thaht i had something.

Yes. Peoples always ask me, why do you keep on buying the all stuff for your house. Why not you buy a car or whatsoever. I smile and take a deep breath before i answer all those question. I buy for my own sake. For my own usage. And if i get married later, this stuff is only and addition. I still need new stuff and its all my hubby to be responsible. but at least, at the first day we married, we got those stuff that make me comfortable. And i do help my hubby to be a bit. And it is what the wife to be need to do rite. If you not agreed with me, it up to you,kay. Every of us have our ownn reason,rite. :)

You might think i have nothing. But, see. Try to calculate your own, all my stuff is my house. How much it value? Haaa. I have something,kay. A lot. HAHA. You may said you have a master or whatsoever, but at your age, what do you have? Maybe you have something that i dont know, then you are good. But, to those who want to tell me you are much much greater than me, its ok. I will smile and agreed it. But, deep in my heart, it know better. I do have my own double story house. sooner is a car, insyaallah. Alhamdulillah. Keep my rezeki coming, ya allah. but, all of this is for my family. If im not in the world one day, all of this is for them. All.

To you, outside there. You must be regret for leaving and dumbing me out. Must be. But, i will never regret for losing you. Because i got much better life. And i love it,kay. Hidup baik-baik-lah.

29.5.10

Move on

someone told me this ' please, move on. Dont you ever think what type of he is? He is not the one for you,kay. Open your eyes'

Yes. Yes. You are right. And i probably wrong. I knew it and i realize it. But, when it is something about heart and feeling, dont you ever think it not as easy as written A B C in a pieces pf paper,kay. Honestly, i try harder. Very hard. I try not too. But sometimes it doesnt work. Seriously. Put yourself in other shoes. You will understood it.

I do everything to move on. I let myself do cried every single day when i missing him. I let my heart get hurt when i keep on thinking of him. I let myself dying inside when i realize i can't be with him anymore. Its too bad, peoples. the feeling just like you want to put it away. And you will never want it anymore for your entire life. Never.

And for now, i just say NO to him when he want me back because i dont want he anymore but because i can't. My love is not something that you can play with anymore. I will save it safely for my hubby to be. If he is mine in future, i'll say yes. But not now.

I need to move on totally. Let Allah set our pathway. I can't get hurt anymore. So, maybe this is the best of us. And if you say i might be regret for this, i just can smile and trust with Allah. Jodoh tangan tuhan. I will accept anything. Must be He have something for me that i never know.

I just can't accept that i need to lose you. I tried to tell myself that i wouldn't. But it is possible. I need to realize, you are not mine anymore. Its not easy dear. Honestly, i just can't stop from loving you. You will never realize that but it is the true of me. I love you more more and more each day. It just came naturally. I just hope the pain that i need to go through will heal faster.

Dear, i love you much. I do this for us. If you are mine, we will get back sooner or later. Love you much.

27.5.10

Frustrated

sangat kecewa. Kali ini mari bercakap dalam bahasa melayu untuk memartabatkan bahasa kebangsaan kita. Eh eh, apa la yang saya merepak. HAHA.

topik sebenar macam ni. Saya tersangatlah memiliki sebiji kereta. Amat! Sebab? Ala, macam macam lah.

1 ) Saya dapat offer untuk hadiri kelas English dekat damansara yang murah. Rm200 untuk 12 kelas. Seminggu 2 kelas. Kelas malam sahaja. Oleh itu, saya sangatlah perlukan kereta untuk ke sana. Takkan kenderaan awam pulak malam malam buta. Perempuan kot.! Sigh.

2) Bila perlu ke mana2 dan urusan itu sangat perlukan kereta. Apa mampu saya lakukan selain mengharapkan kereta. Sangat sangat perlu.

3) Kereta adalah pengangkutan. Maka, ia akan mengangkut saya ke mana mana sahaja. Perlu sangat.

Ok, nampak tak kepentingan dia sekarang.? Macam ada lagi tapi macam malas la nak tulis panjang panjang kan. Fikir sendiri lah, kay? Korang pun boleh fikir kan.

Tapi, kenapa lah parents saya susah sangat nak faham? Kenapa mereka tak pernah nampak susah saya di sini. Saya survive tahu! Sangat, dan sampai satu masa, saya penat. Air mata saya mengalir untuk semua ini. Saya anak remaja. Saya perlukan satu kehidupan yang menceriakan saya. tolong. Tolong lah sokong saya. Tolong lah fahami saya. Tolong sangat. Saya bekerja. Saya penat bekerja. Saya inginkan sesuatu untuk bahagiakan saya. Please? T_T

Betul, saya tak tipu, saya sangat sedih. Saya kecewa sangat bila kamu tak faham pun perasaan saya. Kehidupan saya. Keperluan dan kehendak saya. Tolong. Air mata saya mengalir kerena ini. Laju. Dan tangan saya pun laju mengesat air mata, biar tiada yang tahu.

Demi kebahagiaan kamu, saya lupakan kebahagiaan saya. Ya, saya tipu bila kata saya ok sebab tidak sebenarnya. Saya paksa diri untuk terima. Betul, paksa. Apalah lagi yang mampu saya lakukan selain itu.

Sungguh saya kecewa, derita sekarang. :(

24.5.10

Update

Now my heart had something to tell.

Its had been a while i not write anything. Its not i had nothing to share, but my heart don't want to share it yet. And now, i think, its a time for me to share with you.

A few weeks ago, i meet my old friend in facebook. Credit to facebook for make an unique meet up. Unexpected. And it make me keep on refreshing my memories that i had between him. And a smile appears to shown everything.

He is one of my classmate when i was at standard 6. It had been ages, you. And the memories is not so clear actually. What i do remember is, he always calling me at home, my dad know him as he is my dad friend's son. So, nothing to worries with the call. And i know why he kept on calling but as a very little girl, it not mean too much for me. Then when i got an offer to somewhere of boarding school had ending everything. Nothing to regret. As we move on by our own ways. No more news we know about each others.

Then, facebook meet we up. We had a short conversation, replaying all the memories, telling about our own self rite now, and a bit about the feeling that left aside before.

Its such a big surprise for me when he keep on telling me how he want to get know me back as i might be different from before ( act that is what i stress out to him ;p ) , how he still waiting for me, how he do love me as before and soo much more sweet words he gave. I just smile and telling him not too. I just a girl with broken heart and he wont be the person that i used to heal the wound i had. I wont and never do that. I dont want to hurt others heart as it too much pain for me.

Then i just ask him to start it from the beginning. And it not such a big deal for him as i still give a chance, try to get to know me and what so ever. As such a little girl, i do trust the word that he gave. Not at all but at least i do.

When he do came into my birthday party, everything was so clear. The word that he gave is just a word. There was so many thing i never know about him. The lies he gave just for a fews days make me felt regret. Even i never put any hopes for anything but as he was my previous friends totally make me felt so dispointed. So much.

And both of us end it up with very simple way. And he never reach me up anymore. There was no more comment, no more chit chatting, no more texting or call and there just nothing at all.

That make me smile and kept on thinking that boy is still a boy. Nothing changed it. and i just wish he be happy with his own life. And maybe our friendship end together with this ending conversation .

for him. do takecare of yourself and goodluck. your pathway of life is still far away. Get your life,occay :)