7.4.08

hati yang sakit

aku adalah seorang anak perempuan kepada dua org tua yang alim.. ilmu agama meraka agak tinggi.. adik2 ku juga mencintai ilmu agama..
dulu, aku sama seperti mereka.. tp, sejak aku jejakkan kaki ke perantauan tuk menimba ilmu, aku mulai leka.. dan sekarang aku tahu.. aku amt berbeza dgn diri aku sndri..

betulla kata org, cinta itu buta dan boleh membutakan.. kerana cinta aku buta tuk mencari redha-Nya.. kerana cinta aku sesat..

dan kerana cinta aku belajar dan sedar banyak benda.. berkali aku cuba berubah.. tp allah selalu memalingkan semula hati aku setelah dia memberi kepadaku.. oh,.amat berat !

dan akhirnya, aku terus leka bila aku rasakan yg perubahan aku xpernah di sokong.. aku biarkan diri lalai..
aku lalai kerana si dia.. si dia yang aku sanjung n syg sepenuh hati.. walhal, dia xpernah membawa aku ke jln yg lebih baik.. itukah calon suami yg aku nak? pasti jwpn aku tidak sama sekali tp dek kerana cinta itu, aku buta dalam menilai..

walau hbgn aku ngn die byk psg surut, tp kami masih kekal sehingga saat ini. 3 tahun lamanya aku mengejar cintanya.. dan niat dan harapan aku tuk bahgia telah pun tuhan makhbulkan. dan aku mmg amt2 bhgia dgn nya.. dan aku tahu betapa dia menyayangiku..

satu hari, terdetik hati aku tuk tgk page fs die.. dan aku nmpk comment kwn die yg suh bkak 1 lmn web nih.. da lme aku dgr sal lmn web nih tp hati yg da hampir hitam ini selalu menolak tuk cuba meninjau..

kali nih, hati aku amt kuat tuk suruh aku bkak.. dan aku terkedu dan terduduk seketika dek melihat segalanya di situ.. terasa hina dan kerdilnya diri ini.. menagis aku saat itu..

akhirnya, aku curi kekuatan dan pengalaman mereka di situ.. aku hantarkan mejes kepadanya..

aku lahirkan kata putus.. aku tahu dia akn terkejut. tp,aku terpaksa berkorban bila sku sedar aku da lalai..

respon dia amt manyayat hati.. dia mmg amt marah dan sakit hati.. mcm2 kata maki aku terima dari dia.. segala jenis ugutan aku terima..beristirgfar panjang aku di buatnya.. aku cuba kuatkan juga cz aku tahu yg aku buat adalah untuk ILLAHI.. n kptsn tu xkn pernah salah.. n aku tahu allah akn tetap tolong aku..

bermalam2 aku menagis.. aku terlalu risau keadaannya.. akhirnya, kami mmg menghentikan segalanya. aku redha tp amt2 ssh tuk aku hadapi.. tiap saat hati menagis.. pantang ada kelapangan air mata mengalir.. mcm2 aku pk.. tp aku pakse diri aku kuat dan redha.. jln menuju kebaikan xkan pernah salah..

aku tahu, hati aku tengah sakit.. sakit kerana sesat dan lalai dek hal duniawi.. tapi, dek kerana ia masih sakit dan masih belum mati, aku masih berpeluang tuk mengubahnya..

kupanjatkan doa tak putus-putus ke hadratNya..

"ya allah, hambamu yg kerdil lagi hina ini memohon petunjuk dan hidayah dariMu.. engkau kuatkan dan tabahkan hati ini ya allah.. ko tetapkan lah pendirian hati ini.. kau usirlah segalah resah yang mampu menggoyah aku.. kau bimbinglah aku dalam menuju syurgamu.. ya allah yg maha pengampun, kau ampuni lah aku.. ampuni aku atas tiap dosa yg telah aku lakukan.. atas tiap detik hati ku terlalai mengingati.. atas tiap kali aku menjadi perempuan yg telah melalaikan hati seorg lelaki.. ya allah, kurniakan aku cinta darimu tuk aku belajar dan terus mencintaiMu sedalam dan sesungguhnya.. izinkan aku menggapai cintaMu terlebih dahulu agar aku mampu tuk mendapat cinta manusia.. ya rabbi, kau istiqamahkan lah hati dan diriku ini tuk berubah ke arahmu,tuk mencari keberkatanmu.. kau peliharalah aku dari segala ancaman dan bahaya.. kau yakinkanlah hati ini sesungguhnya keputusan aku tidak pernah slaah walau sedikitpun .. ya allah, kuatkan jodoh aku dengannya andai benar dialah jodohku.. sesungguhnya,aku hanya mampu berserah segalanya dalam perhitunganmu ya allah.. aminn ya rabbal alamin.."

menitis air mata ini tuk ke sekian kalinya.. aku harap, segala ini tidak berakhir begitu saja.. dan moga ia adalah satu permulaan dalam aku mencari tujuan hidup dan berada di landasan yang benar ..

'HANYA KERANAMU YA ALLAH.. MAKA REDHAKANLAH AKU.. AMIN...'