7.7.09

apabila seorang kawan memberi nasihat

dan nasihat itu tidaklah seperti yang diharapkan,maka akan bermula lah sesi memasamkan muka dan tidak bertegur sapa. wajarkaah? sendiri fikirkan.

kenapa perlu berkecil hati jika terang walau tidak bersuluh bahawa kawan itu benar dan anda adalah salah. sila berpijak di bumi yang nyata. mungkin saya kelihatannya seperti tidak berharta seperti anda,tapi maruah saya masih di atas dan saya punyai misi saya. dan alhamdulillah,saya kini punyai sebuah rumah 2 tingkat hak milik sendiri setelah bekerja hampir setahun. anda? hanyalah sebiji kereta yang berkongsikan dengan seorang lelaki yang sekadar bergelar 'boyfriend' yang seringkali bergaduh itu dan ini n lelaki itu telah pun mencurangi anda dengan meniduri perempuan laen. namun anda masih mampu berdiam diri. wajar kah? maaf,saya tidak pernah memandang anda tinggi. pemakaian saya pun masih dikira sopan berbanding anda,alhamdulillah.

mengapa ketika susah,kawan ini lah yang anda cari, dan rasanya belum pernah kawan itu hampakan anda. setia mendengar dan menyokong walau kadang2 sokongan itu tidak benar,demi menjaga hati seorang sahabatnya yang di dalam kesedihan. namun,tika kawan ini memberi nasihat demi kebaikan anda setelah beliau penat melihat anda menangis,anda mengambil keputusan untuk memutuskan tali persahabatan itu. wajarkah?

perlukah meminta nasihat orang jika tidak mahu dengar. wajarnya simpan sendiri jika itu yang dikehendaki.

saya hanya berkata mengikut pandangan dan pengalaman saya yang cetek. bergantung pada anda untuk menilainya. maaf.






p.s. jika saya tahhu ini semua,sedari mula saya tidak akan memberi pendapat malah mendengar kisah anda. sungguh,saya terkilan amat.!

6.7.09

patah hati putus chenta

setiap orang bercinta pastinya pernah merasai apa itu patah hati putus cinta. diakui segalanya tidak semudah yang disangka untuk dilalui dan tiap seorang itu punya caranya sendiri untuk tangani. bezanya samaada caranya betul atau tidak. terus terang saya katakan bahawa saya memandang kekuatan seseorang itu pada pendiriannya pabila hadapi sesuatu musibah. dan musibah paling mudah untuk dilihat adalah pabila berlakunya sindrom patah hati dan putus cinta.

saya sendiri mempunyai pengalaman saya sendiri. bukan sekali tapi berkali kali sehingga jelak rasanya untuk bercerita setiap peristiwa. sehinggakan ada yang berkata kepada saya ' kenapa kau masih mampu dan sanggup harungi semua ini?' dan mudah jawapan ku,selagi diri masih mampu bangun dan terus melangkah,akan aku harungi. ya,kekuatan dan semangat itu yang membuat saya masih bangkit setiap kali tersungkur.

saya melihat banyak kes2 patah hati ini di sekeliling saya,tapi setiap satu pastinya penerimaanya amat berbeza. ada seorang kawan saya ini,menangisnya berhari hari,muram dan memencil diri. lagaknya seperti tiada apa yang tinggal setelah beliau ditinggal walau hakikatnya beliau masih ada kawan2 yang sentiasa prihatin padanya. lain pula kisah teman yang seorang lagi,sungguh beliau cuba untuk bangkit,bergelak ketawa sepertinya tiada apa yang berlaku,namun hakikatnya,hidupnya hancur. segalanya serba tak kena.

oke,bia saya bercerita sedikit pengalaman saya. bukan tujuan untuk meriak diri tapi sekadar berkongsi. pertama kali saya tersungkur, ketika masih baru di bumi orang (kl). pasti air mata sebagai tanda saya patah hati, segala xkena sehingga lah saya mengambil keputusan memainkan perasaan kaum yang menyakitkan hati saya. yang akhirnya menjera diri sendiri. tidak lama kemudian,sekali lagi air mata meneman tidur malam saya, dan lagi sekali dan lagi dan lagi sehingga rasa tegar sgt dgn perasaan sakit itu. hinggalah satu ketika,saya sepertinya tiada daya lagi dan akhrinya menyerahkan diri sepenuhnya pada yang Esa. dan selepas itu,setiap kali air mata ini mengalir kerana sakit di hati, pasti telekung dan sejadah la empat saya mengelap air mata ini. dan alhamdulillah,itu saja yang menenangkan dari segalanya.

dan kira saya,itu paling patut dilakukan oleh setiap di luar tika hati terasa sakit. kenapa perlu meratapi berhari hari tapi tiada kesudahan sedangkan aduan pada yang Esa itu lebih meyakinkan dan menenangkan.

hakikatnya,tepuk dada tanya hati . hendak seribu daya,enggan seribu dalih. poko pangkal diri sendiri. jgn pernah meletakkan segalanya di atas bahu orang lain. kalau mereka boleh bangkit,kenapa tidak kita? fikirkanlah..







p.s : anda yang memilihnya. so,face it!

1.7.09

diri tidak keruan

tapi apa yang mampu di lakukan selain termenung memikirkannyer. ketidakkeruan itu amat teruk sehingga menyebabkan diri ini sakit.. reaksi normal tubuh untuk memberitahu tuannya bahawa diri itu dalam tidak stabil. perut seperti memulas mulas tapi tiada apa yg boleh di keluarkan. lidah seperti kelu tuk berbicara. anggota badan sepertinya amat lemah untuk digerakkan. tekak seperti amat loya sehingga ingin memuntahkan segalanya tapi perut tiada isi. sedari pagi sehingga sekarang,diri ini tidak mampu menerima apa-apa. demi terlihatkan makanan saja sudah membuatkan tekak ini loya,perut amat bergelora. amat berbeza dari diri ini sebenar. tapi,hingga kini masih tidak pasti apakah yang tidak kena itu. sungguh amat benci begini. wahai badan,peliz sehat semula ye. hanya sehari lagi tuk mula bekerja. jangan susahkan tuanmu ye. baek baek aje oke. [penuh pengharapan]









p.s.saya gembira dengan kamu.