7.7.09

apabila seorang kawan memberi nasihat

dan nasihat itu tidaklah seperti yang diharapkan,maka akan bermula lah sesi memasamkan muka dan tidak bertegur sapa. wajarkaah? sendiri fikirkan.

kenapa perlu berkecil hati jika terang walau tidak bersuluh bahawa kawan itu benar dan anda adalah salah. sila berpijak di bumi yang nyata. mungkin saya kelihatannya seperti tidak berharta seperti anda,tapi maruah saya masih di atas dan saya punyai misi saya. dan alhamdulillah,saya kini punyai sebuah rumah 2 tingkat hak milik sendiri setelah bekerja hampir setahun. anda? hanyalah sebiji kereta yang berkongsikan dengan seorang lelaki yang sekadar bergelar 'boyfriend' yang seringkali bergaduh itu dan ini n lelaki itu telah pun mencurangi anda dengan meniduri perempuan laen. namun anda masih mampu berdiam diri. wajar kah? maaf,saya tidak pernah memandang anda tinggi. pemakaian saya pun masih dikira sopan berbanding anda,alhamdulillah.

mengapa ketika susah,kawan ini lah yang anda cari, dan rasanya belum pernah kawan itu hampakan anda. setia mendengar dan menyokong walau kadang2 sokongan itu tidak benar,demi menjaga hati seorang sahabatnya yang di dalam kesedihan. namun,tika kawan ini memberi nasihat demi kebaikan anda setelah beliau penat melihat anda menangis,anda mengambil keputusan untuk memutuskan tali persahabatan itu. wajarkah?

perlukah meminta nasihat orang jika tidak mahu dengar. wajarnya simpan sendiri jika itu yang dikehendaki.

saya hanya berkata mengikut pandangan dan pengalaman saya yang cetek. bergantung pada anda untuk menilainya. maaf.






p.s. jika saya tahhu ini semua,sedari mula saya tidak akan memberi pendapat malah mendengar kisah anda. sungguh,saya terkilan amat.!

0 comments: