29.3.10

update

lama tak update. amat banyak yang mahu diceritakan. tapi selalu je blank. hehe. dasar pelupa sebenarnye. a fews day ago, k.anis ada bawak balik anak kucing. amat kecil lagi. ade dalam seminggu lebih je kot. memang bagi botol feeding je la. memula tue, nampak tak sehat, pewut bulat besar, sakit mata, and tak berak berak. so, bawak g jumpe vet. vet bagi ubat cacing ( kalu pergi kerajaan, jgn berangan nak dpt ubt cacing, k. Konsep sama mcm g hosp kerajaan tuk manusia gk.) kat rumah, memang die berak banyak kuar cacing. eiii yeekk! haha. but, as a cat slave, i just accept it. mesti korunk cm pelik kn. tapi, itulah aku. and for now, si kecik tue dah sehat sikit, dah pandai maen2 and manje amat. saya sayang kt die. sehat sehat selalu pelisss.


hmm permohonan nak sambung degree tak dapat. sedih kn. tapi, redha je sebab mesti ade hikmah. so, sekarang plan nak kumpul duit dulu sebab kalau nak sambung degree, wajib lah untuk membeli kereta sebagai transport ke kuliah. and must be costy la.. so, tuhan dah rancang yang terbaek untuk saya. terima kasih dan alhamdulillah. aminn. sekarang, fokus nak ambik MUET. ingat nak masuk kelas, tapi tak mampu. so, upah la en razmi untuk ajar. tapi, macam susah je. huhuhu =((

hari tue, balik kampung. and my family memang tegur kata aii dah gemokk.. ohh. mengaku aii memang gemok sangat sekarang. bukti? mestilah dari uniform yang amat2 ketat sedangkan baru je tempat a few month ago. aduhh. amat malu dan sedih.. ape nak buat? diet diet. susahnye.! razmi cakap excersice. boleh memang boleh. tapi, nak start amat susah dan tak de kawan. lemah la jog seorg je. kasut sukan pon tak de. *nanges lagi. (ahh overP ;p) aii ingat nak try balik jus mate 5. harap berjaya. dah tekad nak buat betul2. by june, aii mesti kurus. pelisss laa. HUHU. yuu all mesti tak percaya kan. aii pon tak percaya. HAHA. taapi, aii mesti buat. ohh. sadis. so, start esok, diet diet diet, excersice peliss. ( kalu mampu) HAHA.

semalam, kecoh durang buat uptrend. bukan tak nak percaya. percaya, tapi untuk berjaya tak semudah yang di sangka. jangan cakap aii kolot. aii lebih update kot sebab aii dah banyak kali try. aww. bocor rahsia aii. HIHI. tapi, till now, apa aii ade? duit yang dalam bank pon duit simpan sendiri je. memang aii tak de bakat berniaga kot. tapi, untuk mereka yang sedang mencuba, good luck. dah berjaya, aii tumpang gembira.=)

p/s. aii rindu beliau. ohh. tak baik sangat!

0 comments: