14.7.10

cinta itu bagaimana

Kadang-kadang timbul cemburu di hati. Bila tengok semua orang bahagia. Indah bercinta. Kekal sekian lama.

Tapi, aku hanya begini. Sendiri. Tak pernah merasa cinta yang indah. Seperti mereka. Mengekalkan kasih sayang tiada bandingnya.

Indah bukan perasaan di cintai.? Aku sudah lali dengan perasaan mencintai. Sepenuh hatinya. Tapi, aku tanduskan rasa di cintai. Bagaimanakah rasanya ya? Setakat mana manisnya?

Ahh. Melihat mereka berbicara, menjaga satu sama lain, sungguh hati ini tergetar. Dada terasa sebak. Mata berkaca.

Aku punya perasaan. Aku punya nafsu. Aku mahu begitu. Menyulam bahagia. Mengukir senyuman penuh kasih sayang.

Dahulu, Allah yang maha Mendengar perkenankan doaku untuk merasa cinta itu bagaimana. Tapi, sekarang aku sedar, yang dahulu itu bukan-lah cinta sebenar. Bukan yang di damba.

Aku pernah terikat dengan kata cinta. Tapi, bukan cinta yang manis lagi indah yang aku dapat. Cinta berlinangan air mata, memakan jiwa yang aku genggam selama bertahun. Lalu aku lepaskan ia pergi. Dan menjadikan aku sendiri. Kini.

Aku tak menyesal. Kerana aku tahu, itu sebenarnya tindakan yang aku patut ambil bertahun dahulu. Tapi, dek kerana ingin merasa cinta, aku relakan tangan terbakar melecur genggam bara api cinta itu. Akhir, derita yang dapat.

Aku pujukkan hati, melupakan cinta duniawi. Kejar-kan cinta Illahi. Agar satu hari, Allah kurniakan aku cinta sebenar yang bersama mengejar cinta-Nya. Agar, kesudahan cinta itu manis ke syurga. Agar aku tahu bagaimana cinta itu sebenar. Agar aku tak menyesal menggenggam cinta itu ke akhirnya. Agar segala derita aku terbalas. Itu janji-Nya pada umat yang memohon pada-Nya. Maka, kembali-lah.

Aku tahu, jauh di sana, dia bahagia. Di sana, dia gembira. Bersama dunia pilihannya, kawan kawan yang menceriakan hidupnya. Dan mungkin juga pengganti aku yang lebih baik dalam memberi dia cinta seindahnya. Aku tahu. Yakin. Walau kini aku tak mampu lagi tahu berita dia, tak dapat lagi mendengar lunak suara dia. Tapi, Kerana doa doa terbaik untuknya tak pernah luput dari bibir saat berteleku di sejadah, Air mata pengiring doa untuk dia agar doa lebih ikhlas tak pernah lupa menghadirkan diri, yakin aku semakin kuat dan pasti.

Bila mana aku tak mampu lagi menjadi apa-apa di dalam hidupnya, Ku kirimkan doa sebagai pengiring hidupnya. Ku hantarkan Allah, membimbingnya. Ku titipkan ingatan dan pahala kecilku untuknya. Agar hidupnya di berkati.

Itu janji aku untuknya. Hanya yang terbaik untuknya. Walau aku terpaksa mengalirkan air mata saban hari saat terkenangkannya. Janji dia bahagia. Kerana dia kebahagiaan aku dahulu. Mungkin hingga kini, tapi sampai bila aku tak pasti.

Semoga Allah memberi aku peluang merasakan cinta sebenar itu. Sebelum terlambat.

0 comments: