3.7.10

Sakit itu menginsafkan

Penat sakit ni. Sakit dada bila batuk yang sangat kuat. Hidung dah merah sebab banyak sangat meleleh air hingus. Dada terasa lelah. Kepala berat, pusing. Mata pedih. Tidur tak lena, makan tak lalu, mandi pun takut. Sejuk sangat.

Akhir akhir ni senang betul saya sakit. Memang kerja kuat. Orang lain pun. Tapi, kenapa saya yang sakit cepat sangat. Terasa nak marah, mengeluh. Tapi, perlu ke? Bukan ke dah di kata, sakit itu penghapus dosa. Maka, perlu ke di keluh kan segalanya?

Manusia, tak pernah tahu bersyukur. Saya manusia biasa. Senang mengeluh. Tak pernah fikirkan kenapa ia terjadi. Masa sihat, lupa kan Yang Esa. Sakit baru segala doa nak di baca kan. Ah. Berdosa sangat bunyinya.

Betul lah kata ustazah. Sakit itu penghapus dosa. Ia akan menginsafkan kita bila kita berfikir dengan waras kenapa kita diberi sakit semasa tengah sihat. Dengan sakit ini, saya sedar, banyak rupanya dosa saya yang perlu dihapus. Maka, sakit senang betul menyinggah. Insafnya.

Setiap kali saya sakit, saya belajar bersyukur. Kerana Allah masih sayangkan saya untuk membantu saya menghapus dosa dosa kecil itu. Allah masih sudi ingatkan saya yang banyak lagi dosa saya tak terhapus. Lantas, amalan ibadah saya untuknya akan saya gandakan. Lebih dari biasa dan berusaha untuk kekalkan ia walau sudah sihat nanti.

Macam macam petua saya amalkan bila sakit. Semua cara tradisional. Kalau boleh tak mahu terlalu bergantung dengan ubat. Tak elok bahan kimia di dalam tu. Cara tradisi banyak juga membantu. Kuranglah sikit ubatan yang banyak bahan kimia tu. Baik dari segi ubatan dan juga doa doa itu sendiri. Terima kasih nenek moyang. Petua sangat berguna.

Bila tengok pesakit di wad, terasa kerdil diri. Kita tak tahu bila sakit itu akan datang. Sakit yang sikit, saya sudah lelah dan penat. Apatah lagi yang di hospital berbulan bulan. Berharap ada keajaiban berlaku. Kuatnya mereka menanggung dugaan dan ujian itu. Saya sendiri tak pasti, kuatkah saya jika saya di uji begitu. Air mata usah di kata, akan mengalir menangisi nasib yang kononnya sangat teruk. Walhal, terlalu ramai lagi yang lebih teruk. Oh, kerdilnya saya.

Semoga Allah merahmati semua pesakit saya di wad. Berikan mereka pahala yang besar atas ketabahan hati menanggung segala sakit itu. Dan berikan mereka peluang untuk sembuh dan menjalani kehidupan seharian semula, dan semoga mereka akan lebih mengingati-Mu lebih dari sebelum. Begitu juga saya.

Semoga Allah akan terus menyayangi kita. Maka, jangan mengeluh dengan dugaan dan ujian yang menimpa. Bersyukurlah kerana di ingati oleh-Nya.



0 comments: