2.7.10

Mengejar masa atau di kejar masa?

Rasa tak cukup 24jam yang di beri bila terlalu banyak tanggungjawab yang di beri. Sungguh, penat usah di kata. Rehat yang lama apatah lagi. Mimpi je la. Kadang kadang nak tarik nafas dengan penuh nikmat pun tak tersempat. Padatnya masa saya.

Kadang kadang, diri jahil ini terfikir, kenapa 24jam sehari, bukan 36jam atau 48jam.? Terasa masa yang berlalu itu terkejar kejar saya mahu melengkapinya. Namun, ada ketika ia seperti mengejar saya di belakang. Berlari hingga penat lelah terasa.

Sepatutnya, masa itu kita kejar atau di kejar? selalu persoalan itu bermain di fikiran saya. Kalau masa itu di kejar, semua terpulang pada diri sendiri setakat mana kita mahu cepat mendapatkannya tapi kalau masa itu berlari cepat, lelah la nak kejar. Usaha kena lebih. Tak boleh cepat mengeluh. Tapi, kalau kita di kejar masa, tenaga kena kuat untuk terus berlari darinya. Lambat akan di langgar. Seolah anjing mengejar kita. Sendiri yang lalui dan nilai di mana sebenar kita.

Hari-hari saya sekarang sangat padat. Sungguh, masa yang di beri tak cukup. Tapi, bila direnung, banyak lagi ahli ilmuan di luar yang bekerja keras. Lebih keras tapi tak sekali mengeluh. Untuk saya, keluhan penat dan tak cukup masa selalu menjadi mainan mulut. Astarfirullahalazim. Semoga, anda semua tak seperti saya.

Masa saya penuh dengan jadual kerja yang padat dan tak tentu masa. Di samping banyak lagi perkara yang perlu di selesaikan. Baru hidup sendiri, belum berkeluarga, saya dah terasa kesempitan masa yang ada. Sungguh, tuhan tahu yang terbaik untuk hamba-Nya. Maka, saya masih sendiri supaya saya matang menghadapi ujian ujian sebagai bekalan masa depan nanti. Alhamdulillah.

Harapnya, masa yang ada cukup untuk saya menjalankan tanggungjawab saya sebagai hamba-Nya. Bukan sekadar tanggungjawab sebagai khalifah-Nya di dunia, tapi juga sebagai hamba-Nya bekalan di akhirat nanti. Letak penat dan lelah di tepi, bangun dan terus melangkah ke depan. Penuhi masa walau sedikit dengan amalan yang membawa kepada cinta-Nya, insyaallah, terasa aman damai hati sanubari. Jangan di bazir walau seminit. Rugi terasa kemudian nanti. Biar susah sekarang, senang kemudian.

0 comments: