24.6.10

c'on baby

Go wahida go. Sampai bila macam ni. Kenapa mimpi malam dan siang juga perlu terlintas dia dan mereka. Ah. Tak boleh tukar orang ke? Tukar jadi Rasullullah S.W.T ke. Isk. Sedap sikit hati ni.

Dah tahu dia memang tak mahu tulis blog, perlu ke paksa.? Ok, memang tak paksa, cuma berharap. Tapi, perlu ke berharap? Sedang terang terang dah di kata yang tak releven dan sia sia. Ok, Highlight kat situ, sia-sia.! Apa kau rasa? Nah, memang dia dah tak suka. Peduli.

Tapi, manusia. Hati susah nak kawal. Lagi akal pun kadang kadang tak terkawal. Terbabas juga kadang kadang. Tengok tengok handphone, mana tahu ada nombor dia naik. Ok. Mustahil. Tengok tengok email, mana tahu ada email dia kat inbox. Lagi mustahil. Online YM, takut takut dia nak tegur. Ok, ini, amat mustahil. Berjanggut pun belum tentu berlaku. Puas hati?

Itu manusia. Habis madu sepah di buang kan. Ok, aku tak buang, tapi bawa diri. Merajuk. Ceh. Perlu ke? Siapa kau di mata dia mau merajuk bagai? Haha. Peduli. Hati aku. Ada aku kesah.?

Dah dah. Dulu kau pernah hilang dia. Lama. Kau ok kan. Sekarang kau tak perlu siapa siapa, Wahida. Kau perlu Allah Yg Esa. Lupa.? Apa nekad kau masuk bulan rejab? Iskk. Khilaf dah hati bila ingat manusia lebih dari Yang Esa. Ampunn.! Mari bersihkan diri dan hati kembali.

Untuk dia ; aku tengok tengok kau dari sini saja. Hidup baik-baik-lah. Doa aku tetap seiring dengan langkah kau. Tapi, kau tak kan pernah tahu. Kan.?

0 comments: