13.6.10

Congratulation

Semalam hari yang sangat-sangat la sibuk. Padat betul jadual. Penat tapi sangat bahagia. Terlalu.

Selamat sudah sis aini dengan majlis merisik a.k.a bertunang yang sangat simple dan sempoi tapi sangat nice. Tahniah di ucapkan. Bahagia sangat muka nya. Sangat suka. Akhirnya, penantian dia berakhir. Kisah sis tak seindah yang di sangka. Tapi, alhamdulillah, tuhan mudahkan segalanya untuk insan sebaik dia. Ok. Sis sangat baik ye. Tak rugi siapa yang dapat. Semoga mereka kekal dan bahagia. Sungguh. Terlihatkan wajah dan senyuman di wajah sis, seperti dapat dirasakan sama kebahagiaannya. Dan saya tahu, sis sangat bahagia. Saya sama terasa bahagia itu. Alhamdulillah

Majlis sis adalah selepas zohor. Dari pagi kami bertungkus lumus buat persiapan. Bila tiba masa, dan semua berjalan dengan sangat lancar, sungguh menyeronokkan. Tiba tiba teringin nak lalui sama apa yang baru di lalui sis. HAHA. Angan kan?

Ok. Sebelah malam, saya dan alia ; my cousin ke shah alam. Kami ke Grand Blue Wave Hotel. Ada majlis perkahwinan teman sepermainan masa kecil kecil dulu a.k.a perkahwinan anak kepada kawan baik ibuku. Mereka sangat baik dahulu. Betul. Saya ingat lagi. Pengantin ini ku panggil abg aizudeen. Dia comel dulu. HAHA. Betul. Sebab dia lahir di schotland kot. kikiki.

Majlis perkahwinan dia sangatlah comel. Warna purple lembut. Sangat sangat menarik. Ada saujana datang. Best.! Sedap kot suara saujana. Makanan dia memang best. Hotel 5 star kot. hehe. Goodie things dia comel. Coklat beryl's ! wow. Nak bagi macam tue juga boleh.? haha. Ok, mak bising dah. Diam diam. hihi. Terpancar jelas di wajah mak dan abah betapa seronoknya mereka berjumpa kawan kawan baik mereka. Saya buat apa ? Senyum dan gelak. HAHA. Memang sangat suka gelak. kikiki. Alhamdulillah, hajat ibubapa saya termakbul.

Perjumpaan dengan Cik Mie dan Cik Mat sangat menarik. Tak langsung macam yang difikirkan. Mereka sangat ramah dan baik. Awesome. Tak kekok, oke. Dan jelas. Saya tetap saya. Tak berubah. Cik MAt cakap ; masa kecil asyik nangis je, dan besar asyik gelak je. HAHA. Akhirnya. Saya memang begitu-lah. Tak pandai kot nak sopan sopan. Then, saya masih sendiri. Opsss, out topic. Off. Tuutttt.! Hee :P

Weekend saya terisi dengan sangat indah. Saya bahagia. Kerinduan pada ma dan abah terubat. Saya tak ingat dia pun. Tak rasa nak mesej atau call pun. Betul. Hebat-kan. Tiba-tiba saya rasa, hati saya da tiada untuk insan bernama lelaki. Yes.! :D

0 comments: