22.5.10

Istikharah

Buka FB terlihatkan status dari iluvislam.com. Sesuatu yang berkata soal istikharah. Ya, istikharah. Sesuatu yang amat besar maknanya tapi jarang yang sedar kan. :)

Tangan ini laju menekat url yang ada di situ dan ia menemukan saya dengan artikel mengenai istikharah. Setelah di baca dan di fahami, baru tersedar ceteknya ilmu. Dan terlalu luasnya ilmuan Lillahi yang perlu di terokai dan di fahami.

Istikharah adalah sesuatu yang besar. Sangat besar. Bukan sekadar meminta petunjuk bila perlu membuat pilihan. Ia lebih kepada ketetapan hati sendiri selepas berusaha dan yakin keputusan itu kebersamaan dengan Allah. Beristikharah memanggil kebersamaan Allah dalam keputusan yang kita buat. Kita yang membuat keputusan itu, dengan keyakinan hasil Istikharah, bahawa keputusan yang kita buat itu adalah dengan kebersamaan Allah.

Dan bukan semua perkara perlukan istikharah. Selalu kita tersilap kan. Sebagai anak remaja yang penuh dengan nafsu dan emosi, sungguh, istikharah sering di jadikan landasan dalam membuat keputusan sedangkan akal telahpun menetapkan keputusannya berdasarkan logik akal kita tapi kerna di tutupi emosi kita harapkan istikharah jadi jalan penyelesaian dan berharap allah memberi petunjuk yang menyebelahi hati dan perasaan kita. Tapi, itu kah istikharah yang sebenar? Saya pun tak lah pandai untuk mengulas dengan lebih mendalam. Sila sila lah baca artikel di iluvislam ye ;)

Soal istikharah ini mengingatkan saya pada sesuatu. Dulu, sewaktu saya terpaksa lepaskan si dia saya menjadi amat susah hati dan sedih. Lantas, saya tujukan segala perasaan itu pada yang Esa, di tikar sejadah saya mengadu padaNya. Berharap bahawa Dia yang Esa bersama saya membantu saya harungi segala. Setelah resah itu hilang, saya terus cuba berdiri. Saat itu, saya yakin dengan ketentuanNya bilamana melepaskannya pergi menjadikan saya tenang dengan bimbinganNya.

Namun, bila si dia datang menagih kembali kasih kami, saya mula terkeliru. Tetapan saya goyah, hati saya mula menidakkan segala akal yang ada. Lantas, sekali lagi saya pohon pada-Nya. Di tikar sejadah usang itu, saya menangis meratap dan mengadu segala pada-Nya. Berharapkan sesuatu keajaiban muncul. Dan istikharah menjadi jalan akhir untuk saya. Akal saya tidak mampu menandingi hati saya, maka saya memilih istikharah. 3 malam saya lakukannya. 3 malam saya memohon. 3 malam saya harapkan mimpi itu datang. dan akhirnya saya bermimpi, dan terlihatkannya. Lantas, saya membuat keputusan untuk memilihnya kembali kerna berasakan mimpi itu adalah yang terbaik.

Tapi, sebenarnya keputusan itu hanyalah mainan hati dan perasaan. Dan kini, untuk sekian kalinya, saya masih begini. Terluka dan disakiti. Perlukah saya menyesali keputusan saya dahulu.? Ah biarlah. Yang berlalu biarkan berlalu. Mulakan dengan yang baru agar segalanya lebih indah di hati, bukan sekadar di pandangan.

Seseorang pernah meminta saya untuk melakukan solat istikharah, lagi, untuk menentukan keputusan kali ini. Tapi, saya hanya tersenyum dan terus terfikir. Perlukah? Dan saya masih lagi tersenyum.

Hari ini saya yakin, saya tidak perlu semua itu. Kerana maksud dan keperluan istikharah itu sendiri. Yang tinggal, kekuatan hati dalam meneruskan sisa sisa hidup saya di sini. Akal saya telah memberitahu segala, dan hati saya kini tinggal untuk belajar menerima dan kuat sahaja.

Insyaallah, tuhan tidak kejam kan. Selagi air mata ini mengalir kerana-Nya, kesedihan ini di kongsi dengan-Nya, hati ini akan belajar menerima segala. Tidak perlu di toleh lagi kisah di belakang. Tinggalkan segala dan teruskan melangkah. Perjalanan hidup masih panjang. Yang berlalu biarkan.

Dan kini, orakan langkah ini berserta senyuman agar segala indah dan tiada lagi duka :) Kerana hidup ini indah bila bersama-Nya :)

0 comments: