19.5.10

Pencarian

hidup sentiasa mencari. pencarian takkan pernah berhenti. Bukan sekadar mencari pasangan, tapi lebih kepada mencari erti hidup sebenar. mencari identiti sendiri. Oh idup tak semudah A B C 1 2 3

Semalam, saya berbual di telefon bersama kawan lama saya. Beliau bercerita perihal mencari pasangan. Buat saya terfikir dan mahu menulis ini.

Saya selalu mencari. Mencari pasangan. Dulu saya anggap saya pernah ketemu. Tapi, kini saya rasa pencarian saya tidak sedalam mana. Perlu di gali lagi. Dan saya terus bangun melangkah dan memandang ke depan untuk mencari. Pencarian saya mungkin tidak seperti anda. Saya mencari melalui pemerhatian.

Jika di tanya, apakah yang saya cari dalam pasangan saya, jawapan mudah saja. Saya mencari tempat bergantung. Saya sudah penat untuk berdiri dengan sendiri. Saya sudah jemu lakukan segala tanpa bantuan orang. Bila berkahwin biarlah saya merasa ditolong, dibantu dan dilindungi.
Itu yang saya cari. Mungkin ada yang bertanya, "eh, itu je ke ciri ciri yang nak?" Semestinya jawapannya tidak. Ciri ciri asas yang semua orang senarai, tak perlu di senaraikan. Saya seperti anda juga. Menginginkan yang begitu dan begini. Cuma bezanya, saya menambah sedikit.

Tak perlulah siapa siapa pun dia, cukup sekadar dia adalah orang biasa. Cuma saya harapkan cintanya yang luar biasa pada saya. Cinta yang akan memayungi mahligai kami seindahnya hingga akhir hayat kami. Saya sudah penat menyayangi, izinkan saya untuk merasa disayangi.

Pencarian ini tak akan terhenti. Sehingga ke akhirnya. Semoga pencarian ini tidak merosakkan perjalanan hidupku yang lain.

2 comments:

redlover said...

Always doakan yg terbaik utk ko, dear...hope ape yg ko doa, ape yg ko harap...ko akan dapat..insyaAllah :))) love always~~

princess_flavia said...

huu. love always :)